Tuesday 26 February 2013

Ulama Empat Mazhab Mewajibkan Khilafah

Pada umumnya, para ulama empat mazhab tidak pernah berselisih pendapat mengenai kewajiban mengangkat seorang imam/khalifah yang bertanggungjawab melakukan tugas ri’âyah suûn al-ummah (mengatur urusan umat).

Imam al-Qurthubi, seorang ulama besar dari mazhab Maliki, ketika menjelaskan tafsir surah al-Baqarah ayat 30, menyatakan, “Ayat ini merupakan dalil paling asas mengenai kewajiban mengangkat seorang imam/khalifah yang wajib didengar dan ditaati iaitu untuk menyatukan pendapat serta melaksanakan hukum-hukum berkaitan khalifah. Tidak ada perselisihan pendapat tentang kewajiban tersebut di kalangan umat Islam mahupun di kalangan ulama, kecuali apa yang diriwayatkan dari Al-A’sham (Imam al-Qurthubi, Al-Jâmi’ li Ahkâm al-Qur’ân, 1/264-265).

Monday 18 February 2013

SN059 - 3 MAC 1924 : SEJARAH HITAM UMAT ISLAM

[SN059] 3 Mac 1924 merupakan titik hitam di dalam sejarah umat Islam yang tidak harus dilupakan oleh kaum Muslimin. Pada tarikh inilah umat Islam secara rasmi telah kehilangan perisai dan tonggak tempat mereka berlindung - Khilafah Islamiyyah. Khalifah yang terakhir, Sultan Abdul Majid telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada subuh hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh La’natullah Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir Barat. Konspirasi ini dapat dilihat dengan jelas daripada ungkapan Menteri Luar Inggeris, Lord Curzon berikutan runtuhnya Daulah Khilafah; “Persoalan utamanya adalah bahawa Turki telah dihancurkan dan tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatan spiritual mereka, iaitu Khilafah dan Islam” .

Pada hakikatnya, keruntuhan Daulah Khilafah bukanlah sesuatu yang berlaku secara kebetulan. Pertentangan antara dua peradaban ini (Islam dan Kufur) telahpun berlaku sejak awal Rasulullah diangkat sebagai Rasul lagi. Daulah Khilafah yang dirobohkan ini merupakan kesinambungan Negara Islam yang didirikan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam di Madinah selepas berlakunya peristiwa Hijrah. Khalifah Abu Bakar As Siddiq merupakan orang pertama yang memulakan diari Negara Khilafah diikuti oleh Khalifah ‘Umar Al Khattab, Khalifah Osman bin ‘Affan dan Khalifah Ali bin Abu Talib di mana zaman pemerintahan mereka dikenali juga sebagai era Khilafah Rasyidah. Selepas itu kekhilafah diteruskan oleh Bani Umaiyyah diikuti kekhilafahan Bani Abbasiyah dan terakhir, kekhilafahan Bani Uthmaniyyah yang semuanya berlarutan lebih 1300 tahun. Benarlah sabda Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam sepertimana yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abi Hazim yang berkata:


SN058 - ROMBAKAN KABINET : SINAR BARU UNTUK MASYARAKAT MALAYSIA?

[SN058] Senarai anggota kabinet baru yang berkuat kuasa serta merta, telah diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada sebuah sidang akhbar khas yang disiarkan secara langsung oleh TV3. Dalam rombakan Kabinet tersebut, dua timbalan menteri dinaikkan pangkat sebagai menteri penuh, dua bekas menteri dilantik semula, manakala dua lagi menteri berundur. Status semua menteri kanan termasuk Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz dan Menteri Kerjaraya, Datuk Seri S Samy Vellu, dikekalkan [Berita Harian, Khamis 16/02/06]

Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas melancarkan duit syiling peringatan ‘Songket – Seni Warisan Agung’ di Sri Pentas, Bandar Utama, Abdullah berkata, beliau tidak menggunakan formula berkaitan pemilihan parti sebagai asas pemilihan anggota kabinet. “Inilah yang terbaik yang yang dapat saya lakukan dan memang saya menekankan faktor pengalaman sebagai faktor penting kerana nanti semua ahli Kabinet perlu bergerak terutama apabila RMK9 diluluskan Parlimen. Maka dengan itu mereka kena bergerak pantas dan tidak ada masa baru nak belajar”, katanya.


SN057 - SIAPA BERCAKAP UNTUK ISLAM? SIAPA BERCAKAP UNTUK BARAT?

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Kristian menjadi pemimpin-pemimpinmu, sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu yang mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim" [TMQ Al-Maidah: 51]

“Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut mereka, namun Allah tetap menyempurnakan cahayaNya meskipun orang-orang kafir benci”
[TMQ ash-Shaff : 8]

Persidangan antarabangsa yang bertema ‘Siapa bercakap bagi pihak Islam? Siapa bercakap bagi pihak Barat?’ yang diadakan di Kuala Lumpur pada 10 – 11 Februari 2006, anjuran Institut Diplomatik dan Hubungan Luar Malaysia dan Universiti New York, dikatakan bertujuan mengurangkan salah faham antara dunia Islam dan Barat serta membincangkan kesan globalisasi terhadap dunia Islam. Dalam persidangan itu Perdana Menteri Malaysia berkata, perang salib, penjajahan Barat, tekanan Israel ke atas dunia Arab, hegemoni pasca penjajahan dan keinginan Barat untuk menguasai sumber minyak dan gas, khususnya daripada negara Islam, menyumbang kepada wujudnya jurang yang besar di antara Barat dan Islam [Berita Harian, 11/2/06]. Di antara penceramah yang hadir dalam persidangan ini adalah para intelektual kafir Barat seperti sejarawan Universiti Oxford, Timothy Garton Ash, Presiden Yayasan Rockefeller, Stephen Heintz dan Pengarah Pusat Makmal Kebangsaan Amerika Lawrence Livermore untuk Penyelidikan Keselamatan Global, Ronald Lehman. Ia menghimpunkan 50 tokoh dunia daripada 7 negara Barat dan 10 negara majoriti Muslim. Persidangan itu mendapat sokongan kerajaan Malaysia, United Kingdom, Perancis, MacArthur Foundation, dan Rockefeller Brothers Fund. MacArthur Foundation dilaporkan memberi AS$100,000 untuk menaja persidangan ini. Di akhir persidangan itu, telah diadakan sesi yang membahaskan persoalan : Apakah kerangka masa hadapan bagi hubungan Muslim dan Barat?


SN056 - KARIKATUR MENGHINA RASULULLAH ADALAH BUKTI KEBENCIAN KAUM KUFFAR TERHADAP ISLAM

[SN056] Ketika ini perasaan dan sensitiviti umat Islam sekali lagi dicabar dengan kebiadaban yang telah dilakukan oleh akhbar terbesar Denmark Morgenavisen Jyllands-Posten menyiarkan sebanyak 12 karikatur imej Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam pada September 2005 yang lepas dan diulang cetak oleh sebuah majalah di Norway pada bulan ini. Selepas akhbar Denmark, beberapa penerbitan yang berfahaman kanan di Eropah turut menerbitkan semula karikatur ini termasuklah El Pais (Sepanyol), France Soir (Perancis), Libero dan La Padania (Itali) [Utusan Malaysia 05/02/2006]. Secara umumnya kesemua imej yang memaparkan gambar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam itu memberikan gambaran yang negatif terhadap Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam dan Islam itu sendiri dimana seolah-olah Islam itu adalah deen/cara hidup yang ganas. Kesan dari karikatur ini kita dapat melihat seluruh dunia umat Islam mula bangkit meluahkan kemarahan mereka.

Beberapa Reaksi Umat Islam di Dunia

Pelbagai reaksi ditunjukkan oleh umat Islam akibat dari kejadian ini. Sebagai contoh, dua kumpulan bersenjata Palestin mengancam akan menjadikan warga Denmark, Perancis dan Norway sebagai sasaran selepas penerbitan kartun yang menghina Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam. “Semua negara dan sesiapa yang mempunyai hubungan kerjasama diplomatik dengan negara ini dianggap sebagai sasaran Jawatankuasa Penentangan Popular dan Briged Jihad Al-Aqsa”, menurut kenyataan yang ditandatangani dua kumpulan terbabit [Utusan Malaysia 03/02/2006]. Di Qatar pula, pasaraya Carrefour di Qatar misalnya telah menghentikan penjualan produk dari Denmark [Utusan Malaysia 04/02/2006].


Sunday 17 February 2013

SN055 - AYUH BERHIJRAH - kELUAR DARUL KUFUR, MASUK DARUL ISLAM!

[SN055] Setelah mentari tenggelam di u barat pada senja 30 Zulhijjah 1426H, gema azan maghrib berkumandang menandakan bermula kalendar baru hijriyyah 1427. 1 Muharram, yang dimanifestasikan dengan sambutan Ma’al Hijrah menjadi ikon yang signifikan kepada majoriti. Pemergian satu hari dan kehadiran hari yang baru merupakan tabi’i alam yang tidak mampu dihalang atau ditunda oleh mana-mana kuasa makhluk melainkan ianya telah ditetapkan oleh Al-Khaliq Yang Maha Kuasa, Allah Azza wa Jalla. Demikianlah perjalanan Sunnatullah, manusia sebagai makhluk hanya mampu tunduk pasrah kepadanya.

Tahun ini, sebagaimana tahun-tahun lepas, 1427H tetap disambut di Malaysia. Yang berubah hanyalah tema sambutan. “Keunggulan ilmu, teras kegemilangan ummah” terpilih menjadi tema sambutan Ma’al Hijrah tahun ini, dimana fokusnya tertumpu kepada tiga perkara yang digagaskan kepada pembangunan ummah menuju kegemilangan, umat terbaik (khaira ummah). Bina Insan merupakan perkara utama dimana usaha ini membawa kepada penyumbang faktor Modal Insan dan dengan kedua-dua faktor ini umat dikatakan memiliki Keunggulan Personaliti yang setanding umat lain, cemerlang, gemilang dan terbilang. Sudah tentu semuanya dipupuk berlandaskan gagasan Islam Hadhari.

SN054 - SKUAD RELAWAN MAIWP - MENCEGAH ATAU MENGINTIP?

[SN054] Baru-baru ini, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah melancarkan skuad sukarelawan untuk menangani gejala sosial yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Penubuhan skuad ini telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada orang ramai dan media. Tetapi yang menyedihkan, reaksi daripada media-media tempatan lebih menjurus kepada melemparkan kritikan-kritikan membinasa daripada memberikan kritikan-kritikan membina. Bahkan, ada yang malah menghina kerana mendakwa usaha ini memanifestasikan sekatan ke atas hak asasi manusia.

Kabinet pada dasarnya tidak bersetuju dengan penubuhan skuad sukarelawan tersebut. Sepertimana tahun lepas, Kabinet telah membatalkan penubuhan Pasukan Gerak Khas 4B atau Unit Khas Mat Skodeng di Melaka. Ini adalah kerana terdapat kekhuatiran bahawa skuad tersebut akan menyimpang daripada tujuan asalnya atau ada pihak yang akan mengambil kesempatan ke atasnya. Terdapat laporan bahawa ada pihak yang menggunakan nama skuad tersebut untuk menghendap pasangan yang sedang melakukan maksiat dan merakamnya ke dalam video atau telefon bimbit berkamera. Tidak kurang juga yang mengambil kesempatan memeras ugut dengan upah tertentu bagi menutup perbuatan pasangan yang diintip. Terdapat suatu kes pada Oktober 2001 apabila Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terpaksa menyiasat aduan sekumpulan lelaki menyamar sebagai pegawai penguatkuasa dan memeras ugut pasangan yang berdua-duaan di Shah Alam bagi mengelak mereka ditangkap khalwat. Dua aduan diterima membabitkan kumpulan tersebut yang meminta wang sogokan RM1,900 daripada pasangan jika tidak mahu dibawa ke balai polis.

SN053 - POLEMIK UNDANG- UNDANG KELUARGA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

[SN053] Pada 26 September 2005, Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2005 (”UUKI”) dengan tujuan memperbaiki Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 dan untuk memastikan agar ianya akan memupuk dan menegakkan keadilan. Isu ini mula hangat diperkatakan rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat apabila ia menimbulkan kontroversi setelah dikatakan mengandungi diskriminasi dan penindasan terhadap wanita Islam di negara ini. Susulan dari itu, Kabinet pada 11 Januari 2006 telah menangguhkan pewartaan UUKI ini yang mana menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, ia tidak akan diwartakan sehingga kajian semula mengenainya dilakukan [Utusan Malaysia 13/01/06].

Seperti biasa, peruntukan tentang poligami menjadi fokus utama oleh golongan-golongan feminis disamping beberapa isu lain yang dikatakan condong kepada lelaki. Pelbagai pihak terutamanya badan-badan bukan kerajaan (NGO-NGO) yang memperjuangkan hak-hak wanita telah mengkritik hebat peruntukan tersebut sehingga Perdana Menteri Malaysia ’terpaksa’ tunduk kepada tekanan dan memberi jaminan bahawa kajian semula akan dijalankan mengenainya. Sautun Nahdhah kali ini menjemput kaum muslimin dan muslimat untuk melihat dan menyelesaikan isu ini dari perspektif syara’ dan bukan penyelesaian dari mana-mana individu, menteri, NGO-NGO dan lain-lain sumber yang berasal selain dari Islam. Walaupun terdapat beberapa isu yang ingin kami perjelaskan, namun disebabkan keterbatasan ruang, kami hanya akan memfokuskan perbincangan kepada isu yang ’sentiasa mengerikan’ bagi sesetengah wanita iaitu poligami. Antara peruntukan yang diperdebatkan dan dikatakan mendiskriminasi kaum wanita (terutamanya oleh Sisters In Islam, SIS) yang terdapat dalam UUKI adalah seperti berikut [www.sistersinislam.org.my]:-

SN052 - WANITA, PENGORBANAN DAN KETAATAN

[SN052] Hari Raya Korban tiba lagi pada 10 Januari atau 10 Zulhijjah yang lalu. Hari bersejarah ini sinonim dengan ibadat korban, mengingatkan kita kepada peristiwa Nabi Ibrahim ’alaihi as-Salam yang mendapat mimpi bahwa Allah memerintahkan baginda untuk menyembelih Nabi Ismail ’alaihi as-Salam. Atas ketaatan kepada perintah Allah, maka Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail pun menyempurnakan perintah tersebut; mengenepikan perasaan kasih sayang bapa dan anak, sanggup berkorban semata-mata kerana ingin menjadi hamba Allah yang patuh kepada perintahNya. Begitu juga dengan pengorbanan Siti Hajar yang ditinggalkan bersama bayinya, Nabi Ismail ’alaihi as-Salam oleh Nabi Ibrahim ’alaihi as-Salam di tanah Mekah yang kering dan tandus. Beliau tetap sabar dan tabah, berlari-lari dari bukit Safa ke bukit Marwa mencari air apabila si kecil menangis hinggalah terbit air dari celah-celah jari kaki Nabi Ismail yang kini dikenali sebagai perigi Zamzam. Pengorbanan beliau ini djadikan sebagai simbol ibadat Haji bagi umat Islam.

Banyak lagi sejarah pengorbanan wanita pada zaman dahulu seperti kisah ibu kepada Nabi Musa ’alaihi as-Salam yang terpaksa memasukkan bayinya ke dalam bakul lalu diapungkan di atas air sungai yang mengalir demi menyelamatkan nyawa Nabi Musa dari dibunuh. Begitu juga kisah Asiah wanita beriman yang terpaksa bersabar dan hidup disamping suaminya Firaun yang angkuh dan zalim; kisah Khansa Radiallahu ’anha yang meniupkan semangat juang kepada kelima-lima anaknya untuk pergi berjihad sehingga semuanya mati syahid. Kemudian, kisah Sumaiyyah Radiallahu ’anha wanita pertama yang mati syahid kerana mempertahankan agamanya dan kisah Ummu Hakim Radiallahu ’anha yang melangsungkan perkahwinan di medan perang dan suaminya telah syahid sebelum sempat menikmati malam pertama mereka.